salam,,actually tak berapa faham sangat dengan blog baru ni...bedal jek lah..hahha..tetiba kepala terfikir tentang bola tanggong...istilah bola tanggong selalu digunakan semasa bermain badminton..saya pun tak berapa pasti ejaan yang betul untuk perkataan tanggong atau tanggung. Bola tanggong ni adalah di mana bulu tangkis berada dalam keadaan yang tinggi dan cantik bila di 'smash'...hahhaa..sekali dapat silap-silap tepat kena pada muka atau badan pemain lawan...Dalam situasi kehidupan harian, bola tanggong boleh dikatakan berada pada keadaan yang dihujung tanduk..jika berjaya alhamdulillah, jika gagal tenggelam..mungkin ada istilah2 klasik boleh digunakan tetapi saya kurang mahir dengan penggunaan ayat2 dan istilah klasik.Okay, sudah lah secara skemanya tentang bola tanggung.
Dalam kehidupan ini, ada masanya kita perlu membuat keputusan yang sukar dan memerlukan pertimbangan dari pelbagai aspek dan sudut. Apa sahaja keputusan haruslah memikirkan pro dan kontra. Setiap individu ingin keputusan yang dibuat menunjukkan respon positif dan seperti yang diingini.Jika di dalam satu situasi , terdapat 7 responden untuk menjawab satu keputusan hidup atau mati. 1 sahaja yang bersetuju dan 6 mengatakan tidak setuju. Keadaan ini yang dikatakan bola tanggong untuk responden yang bersetuju. Jika keputusan yang diambil berjaya, maka selamat lah ia, jika salah, nahaslah dengan pelbagai tomahan dan sebagainya.
sy mcm dh biasa dalam keadaan ini, kadang2 otak jadi blurr dan tak mampu nak berfikir. Hanya pada Allah kami bersandar. Kami tahu, sememangnya kami layak diuji..setiap ujian ini ada hikmahnya.
P/s: kami sudah ada jawapannye..
No comments:
Post a Comment